Kita sering mendengar pemain muda ini mungkin akan menjadi jelmaan Pele ataupun jelmaan Diego Maradona.
Namun berapa sahaja pemain yang berjaya memenuhi potensi mereka ketika tumpuan diberikan kepada mereka sejak usia muda?
Kami senaraikan 5 pemain yang pernah dilabel sebagai ‘wonderkid’ namun gagal menunjukkan potensi mereka.
5.) Giuseppi Rossi (Italy)
Tarikh lahir: 1 Februari 1987
Memulakan karier senior sebagai pemain Manchester United, Rossi gagal menghadirkan impak apabila hanya melakukan 5 penampilan untuk Red Devils.
Selepas dipinjamkan ke Newcastle United dan Parma, Rossi akhirnya ke Villareal pada 2007 untuk mendapatkan masa bermain yang lebih banyak.
Namun kecederaan lutut membuatkan beliau terpaksa berehat panjang. Beliau kemudiannya ke Fiorentina sebelum kecederaan lutut sekali lagi menghantuinya.
Kini, Rossi bermain di Celta Vigo sebagai pemain pinjaman dari Fiorentina.
4.) Adnan Januzaj ( Belgium)
Tarikh Lahir: 5 February 1995
Hadir melalui sistem akademi Manchester United, Adnan Januzaj pernah dikatakan oleh Van Persie antara top 5 pemain muda berbakat pada musim 2013-2014.
Digelar oleh David Moyes antara pemain muda berpotensi besar selepas Wayne Rooney di Everton. Menunjukkan potensi ketika berumur 19 tahun di kelab Manchester United dengan menjaringkan 4 gol dalam 27 perlawanan.
Bagaimanapun penurunan potensinya semakin jelas, Manchester United menghantar beliau dipinjamkan ke Borussia Dortmund beliau masih belum menunjukan potensi yang baik. Selepas itu, beliau dipinjamkan ke Sunderland dan berkerjasama dengan jurulatih yang memberi beliau peluang untuk menujukkan potensi beliau iaitu David Moyes untuk meningkatkan lagi potensi beliau.
Perlu diingat, beliau masih hanya berusia 21 tahun dan masih ada peluang untuk menjadi pemain terbaik dunia.
3.) Anderson (Brazil)
Tarikh Lahir: 13 April 1988
Wonderkid yang pernah dilebal sebagai 'New Ronaldinho' oleh sebahagian penyokong Porto, Anderson tiba di Manchester United pada usia baru 19 tahun dengan tag harga €30juta.
Sir Alex Ferguson berani membayar beliau dengan harga yang cukup tinggi kerana percaya bahawa beliau boleh menjadi antara pemain yang berbakat besar.
Namun begitu, beliau gagal menunjukkan potensi kerana banyak siri kecederaan dan pernah terlibat kemalangan jalan raya menyebabkan potensi Anderson tidak dapat dipenuhi. Beliau hanya menjaringkan 5 gol dalam 105 perlawanan. Beliau dipinjamkan ke Fiorentina untuk diberi peluang untuk meningkatkan permainannya namun masih gagal.
Beliau dihantar pulang ke kelab Internacional di Brazil. Prestasi beliau merudum teruk sehinggakan pernah dicemuh penyokong Internacional ketika pasukannya tewas 5-0 kepada musuh mereka, Gremio.
2.) Robinho ( Brazil)
Tarikh Lahir: 25 January 1984
Pemain muda berbakat brazil yang pernah digelar 'New Pele' berasal daripada Brazil ini telah mengejutkan penyokong Santos kerana skill kelincahan pada usia baru sahaja 18 tahun.
Pemain yang cukup tajam dibahagian serangan ini, telah menunjukkan potensi ketika muda menyebabkan Real Madrid sanggup membayar tag harga €25juta untuk servis beliau.
Beliau diberi jersi nombor 10 yang sebelum ini dipakai lagenda Real Madrid, Luis Figo.
Beliau telah bermain sebanyak 37 perlawanan dan menjaringkan 14 gol. Namun penurunan prestasi telah menyebabkan beliau menjadi sebahagian perjanjian Real Madrid untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo pada tahun 2008 dan akhirnya berpindah ke Manchester City.
Beliau telah bermain sebanyak 37 perlawanan dan menjaringkan 14 gol. Namun penurunan prestasi telah menyebabkan beliau menjadi sebahagian perjanjian Real Madrid untuk mendapatkan Cristiano Ronaldo pada tahun 2008 dan akhirnya berpindah ke Manchester City.
Namun begitu beliau lebih banyak mencetuskan kontroversi daripada bermain bola sepak dan dipinjamkan ke Santos sebelum dijual ke Ac Milan.
Kini beliau bermain di Atletico Mineiro.
1.) Alexandre Pato
Tarikh Lahir: 2 September 1989
Pemain muda berbakat besar yang sering menjaringkan gol debut dan pernah menggegarkan dunia dengan menjaringkan gol seawal 24 saat ketika menentang Barcelona di Nou Camp, Pato antara wonderkid yang cukup tajam di depan gol.
Namun siri kecederaan yang berulang dan siri perkahwinan yang gagal telah menyebabkan karier beliau jatuh merudum.
Pato juga pernah menyalahkan fisio pasukan AC Milan kerana terburu-buru untuk pastikan beliau cergas semula untuk beraksi.
Selepas AC Milan, Pato pulang ke Brazil dan pernah bermain bersama Chelasea musim lalu. Kini, Pato beraksi bersama Villareal di La Liga.
No comments:
Post a Comment