Sunday, 2 October 2016

5 Tips Efektif Untuk Mendapatkan Modal Untuk Bisnes



Modal

Bak kata orang jawa "Capital".


Modal antara benda yang orang fikirkan sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Kata orang, kalau tak ada modal, macam mana nak berniaga. Modal sebenarnya bukanlah faktor utama penentu kejayaan sesuatu bisnes tersebut. Modal yang besar belum tentu untungnya juga besar.

Berikut 5 Tips Efektif Untuk Mendapatkan Modal Untuk Bisnes


1.) Main duit kutu
Sudah sinonim dengan masyarakat melayu, duit kutu satu cara yang terbaik untuk mendapatkan modal .Tujuannya adalah untuk mendisiplinkan diri untuk menyimpan dan saling bantu membantu. Untungnya main kutu ini kalau giliran kita antara yang awal, cepat kita dapat modal. Tapi kalau giliran kita yang terakhir, sama sahaja kita menyimpan sendiri. 


2.) Buat Bisnes Dropship
Bisnes dropship adalah salah satu cara untuk melabur dalam membuat bisnes. Bisnes dropship tidak ada modal yang besar diperlukan untuk bermula. Namun begitu, anda boleh menjual dalam pasaran online mahupun offline. Pilih produk yang mempunya permintaan yang tinggi di pasaran. Hanya mempromosi sahaja dan selebihnya syarikat dropship yang akan uruskan.


3.) Simpanan
Simpan sebahagian gaji kita setiap bulan untuk tujuan membuka perniagaan. Paling kurang 10% daripada gaji setiap bulan. Lebih banyak kita simpan, lebih banyak modal kita.



4.) Partnership
Cari adik-beradik, rakan-rakan atau saudara mara yang ada modal untuk bekerjasama dengan kita. Pastikan semuanya jelas dari segi pembahagian untung, jawatan, dan sebagainya untuk megelak salah faham. Akhir sekali, paling penting mempunyai matlamat yang sama.

5.) Pinjaman Bank
Pinjaman bank antara pilihan terakhir dalam membuka bisnes. Kalau hendak membuat pinjaman atas nama syarikat, pastikan anda mempunyai current account dan ada transaksi yang baik sekurang-kurangnya untuk tempoh 6bulan. Bank susah beri pinjaman bagi perniagaan yang baru ditubuhkan. Bagi tujuan untuk memperbesarkan perniagaan.


No comments:

Post a Comment