Monday, 3 October 2016

3 pemain bola sepak berasal daripada keluarga daif dan miskin

Di sini kami kumpulkan, 3 pemain bola sepak yang berasal daripada keluar yang daif dan miskin. 

Untuk berjaya, semua orang perlu berkorban. Semakin sukar kehidupan yang anda temuhi semasa kecil, semakin besar pengrbanan yang perlu anda lakukan untuk berjaya.

Hasil daripada pengorbanan mereka semasa kecil telah dibayar dengan menjadi pemain terbaik dunia

3.) Carlos Bacca (Colombia)




Mungkin ramai tidak mengetahui kisah hidup Carlos Bacca. Bintang Ac Milan ini sebenarnya lahir dalam keadaan keluarga yang miskin.

Dalam temu bual yang dibuat selepas beliau mendatangi kontrak bersama Sevilla pada tathun 2013, beliau mendedahkan beliau pernah menjadi nelayan dan kondutor bas sewaktu di Puerto Colombia.

Ketika itu beliau baru berusia 20 tahun.
" Saya fikir pintu untuk saya menjadi pemain bola sepak sudah tertutup. Namun begitu, saya mencuba nasib untuk menjadi pemain bola sepak dengan kelab junior de Barranquilla dan syukur saya terpilih" Kata Bacca ketika di temuramah.

 Selepas mewakili beberapa kelab, Bacca akhirnya menjadi pemain profesional bersama kelab Atlentico Junior di Colombia.

4 tahun selepas itu, beliau menyertai pasukan Sevilla dan berjaya membawa Sevilla menjuarai Liga Europoda untuk 2 musim berturut-turut.

Beliau kini bermain dan merupakan pemain bergaji tinggi di Ac Milan.

2.) Zlatan Ibrahimovic (Sweden)



Seorang lelaki yang angkuh, sombong mungkin ramai yang beranggapan Zlatan Ibrahimovic berasal kelaurga yang kaya raya. 

Namun realitinya, beliau berasal keluarga yang miskin. Ibu bapanya bercerai ketika berumur 2 tahun. Zlatan pernah menjadi pencuri demi menggalas perutnya.

Di Malmo, Sweden, Zlatan dan keluarnya hidup bersama ratusan pelarian Eropah lain di sebuah Apatment Sederhana.

Dari kawan tersebutlah beliau berlajar melakukan skil bola bersama rakan-rakannya. Dari situlah, Zlatan sedar bahawa beliau amat berbakat dalam bola sepak. Bermula dari bawah beliau bermain di kelab Malmo, Zllatan kemudianya berjaya menjadi pemain senior.

Dari situ beliau tidak menoleh ke belakang dan menyertai kelab gergasi seperti Ajax, Juventus, Inter Milan, Barcelona, Ac Mila, PSG dan akhir sekali bermain di kelas gergasi England, Manchester United.

1.) Cristiano Ronaldo (Portugal)



Seorang bintang paling menyerlah pada zaman ini, pemenang ballon d'or sebanyak 4 kali, dan pemenang Euro 2016 ketika mewakili Portugal ini seorang lelaki yang berasal daripada kelaurga miskin.

Kisah hidup Cristiano bermula apabila ibunya, Dolores Averio pernah mahu menggugurkan beliau kerana kesempitan hidup. Mujurlah ibunya membatalkan hasrat beliau.

Cristiano dilahirkan di kawasan daif di San Anotnio, Funchal di bandar Madeira. Beliau pernah hidup berkongsi bilik bersama ibu dan dua adik-beradiknya.

Bapa Cristiano, Dinis Aveiro pula seorang pemabuk dan meninggal kerana ketagihan Alcohol tinggi. Ronaldo juga pernah dibuang sekolah kerana membaling kerusi kepada gurunya yang menghina dirinya dan bola sepak. 

Karier Ronaldo bermula apabila menyertai pasukan muda Adorinho sebelum dikesan oleh peninjau bakat Sporting Lisbon ketika berumur 17 tahun. Selepas menandatangani kontrak professional bersama Sporting Lisbon, segalanya berubah dan tidak menoleh kebelakang.

Dari Sporting, Sir Alex Feguson (Jurulatih Manchester United) sanggup membayar 12million untuk servis beliau dan menjadi pemain yang dipuja di Manchester United. Akhir sekali, Real Madrid sanggup membayar 80milllion dan menjadi pemain paling mahal didunia.

Kemiskinan bukan penghalang

Sebenarnya, banyak lagi pemain yang berasal daripada keluarga miskin seperti Pele, Maradona, Angel Dimaria dan sebagainya.

Kata orang bijak pandai:

" Lahir dalam keadaan miskin bukanlah penghalang untuk berjaya"


No comments:

Post a Comment