Sewaktu era 60-an, 70-an, 80-an, 90-an dan awal 2000 sehingga 2008, kebanyakan pasukan amat mengeruni pemain yang menyarung jersi keramat iaitu nombor 7. Pihak lawan akan memberi tumpuan yang lebih dan penjagaan yang ketat kepada pemain tersebut sewaktu pasukan mereka menentang kelab Manchester United.
Mungkin kini jersi nombor 7 tidak lagi gah pada kelab Manchester United jika hendak dibandingkan dengan era sebelumnya perpindahan Cristiano Ronaldo ke Real Madrid. Tapi ini adalah satu kisah yang patut diketahui peminat bola sepak.
Nombor 7 pernah dilabel sebagai nombor keramat kerana nombor 7 ini hanya diberikan kepada pemain-pemain bertaraf lagenda yang sangat handal dan sentiasa memberi impak yang sangat besar didalam pasukan Manchester United untuk meraih kejuaraan demi kejuaraan ketika itu.
Kami akan menyediakan 3 Pemain Terbaik Manchester United Berjersi Nombor 7:
3.) Eric Cantona (France)
Pemain berasal Marseille, Perancis ini menjadi kesayangan penyokong Manchester United pada zaman 1992. Pemain yang dibeli oleh Sir Alex Ferguson pada tahun 1992 dengan tag harga 1.2 juta pound dari Sheffied Wednesday dan bermain selama 6 tahun , dimana dia menjaringkan 64 gol daripada 143 perlawanan untuk Manchester United. Beliau terkenal dengan gaya fesyen tersendiri didalam sejarah bola sepak Perancis dan Inggeris. Eric Cantona dikenali sebagai "budak nakal" kerana mempunyai sifat panas baran . Sebagai contoh, beliau pernah menerajang penyokong bola sepak yang mengejek beliau ( Kungfu Kick) dan membaling bola pada pengadil selepas tidak berpuas hati dnegan keputusan pengadil. Pada tahun 1994, beliau telah dipilih menjadi PFA Player tahunan. Pada tahun yang sama juga, beliau menjaringkan 2 gol dalam perlawanan akhir Piala FA ke atas Chelsea. Pada tahun 1997,beliau telah menggumumkan persaraan dalam bola sepak dan telah menjuarai Liga Perdana Inggeris sebanyak 4 kali berturut-turut dan menjadi pemain kesayangan penyokong Manchester United.
2.) David Beckham (England)
Bintang England yang muncul dalam sistem Akademik Manchester United ini mula bermain pada umur 18 tahun. Bentuk badan seorang model dan wajah yang tampan menyebablan beliau menandatangani kontrak seumur hidup bersama Adidas. Pada tahun 1999, beliau telah membantu Manchester United memenangi kejuaraan trebel iaitu kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Kejuaraan Liga Juara-Juara. Beliau terkenal dengan sepakan percuma yang menarik dan hantaran lintang yang cukup tepat. Sepakan percuma yang diingati oleh penyokong England ialah ketika menentang Greee pada tahun 2001, secara tidak langsung membawa England ke Piala Dunia 2002. Tetapi impian peminat Manchester United untuk melihat kerjayanya bersama tidak kesampaian kerana pada tahun 2003 beliau telah menyertai Real Madrid kerana Sir Alex Ferguson telah membaling boot bola terkena kening beliau. Beliau telah bermain sebanyak 265 perlawanan dan menjaringkan 62 gol untuk Manchester United dan menjadikan beliau sebagai pemain kesayangan Manchester United dan England.
1.) Cristiano Ronaldo (Portugal)
Cerita ini berlaku apabila Manchester United menentang Sporting Lisbon dalam perlawanan persahabatan, Sir Alex Ferguson telah terpikat dengan cara permainan pemain jersi 28 yang bernama Cristiano Ronaldo. Beliau telah menandatangani kontrak bersama Manchester United ketika itu baru sahaja berusia 18 tahun dengan tag harga 12million pound pada tahun 2003. Ronaldo pernah berkongsi cerita kepada pihak media mengenai nombor jersi yang dipakai " Selepas saya menyertai Manchester United, bos ( Sir Alex Ferguson) bertanya kepada beliau, apakah nombor yang saya suka. Saya berkata, saya mahukan jersi nombor 28. Tetapi beliau (Sir Alex Ferguson) berkata:"Tidak, anda akan memakai jersi benombor 7. Pada musim pertamanya bersama di Manchester United, beliau telah menjaringkan 8 gol termasuklah jaringannya yang membawa Manchester United memenangi Piala FA dengan kemenangan 3-0 keatas Millwall. Peningkatan permainan beliau telah membawa beliau dinamakan FIFPro Player of the Year pada tahun 2008 dan memenangi Ballon d'Or .Beliau juga telah membawa Manchester United memenangi trebel kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Kejuaraan Liga Juara-Juara.Pada 1 Julai 2009, adalah hari paling sedih dalam sejarah bolasepak Manchester United kerana pada hari itu adalah hari terakhir beliau bersama United. Beliau berlepas ke Real Madrid dalam perjanjian kontrak bernilai £ 80 juta pound yang menjadikan beliau pemain paling mahal di dunia ketika itu.Sepanjang kerjaya Ronaldo bersama United,Ronaldo telah menjulang sebanyak 3 kali Piala Liga Perdana Inggeris,1 Piala FA,2 Piala Perisai Komuniti,2 Piala Liga dan 1 Piala Liga Juara-Juara.